Tuesday, May 31, 2011
Mungkin blog saye membosankan tapi Terima Kasih
Saye nak mintak maaf gak kalau ade tersentuh isu2 sensitif kat dalam blog ni. Mungkin saye xperasan pasal tu tapi pecayelah yg saye cume nak try sedaya upaya untuk buat entry yang best2 untuk bacaan umum.. Kalau ade salah, harap dapat tegur dgn baik. Especially pasal contest tu.. Sy agak stress skg sebab nak jage hati semua pihak.. heheh. Maap kalau xsempat jawab soalan2 yang berkaitan. Harap dapat tanye soalan kat facebook fanpage blog ni. Saye akan jawab kat situ.
Kepade yang rajin komen, sy hargai sangat2 dan setiap kali anda komen, sy memang akan ke blog anda lepas dikomen. Terutamanye kepade M**z *y*, awk mmg antara pengkomen sejati top 5 yg suke mengomen. Haha..mekaseh sgt2 dan mekaseh sgt2 lagi kepade para pengkomen tegar yg lain, Korang punye blog mmg akan sentiase dibukak kalo ade entry baru kat dashboard.
Harapan saye ialah dapat mengisi 4 bulan cuti saye dengan semua perkara indah dalam dunia blogging bersama rakan-rakan blogger semua. =D
RM35.90 untuk sesuatu yg harap-harap berbaloi..
Sampai je kat baskin, line orang beratur panjang yaa amatt.. Memandangkan malas nak tunggu, kitorang pon cancel dan gi makan pretzels jek.. (Bye2 eskem... T_T). Pastu ingat nak gi tgk wayang cite Karak, tapi akak kaunter slambe dengan Kereknye ckp "tiket dah abes dik, esok je la tgk.." Cehhss..
Esok aku busy derr.. Nak gi repair kapal terbang..
Bile "APE PON TAK BOLEHH!!", kitorang pon menuju ke MPH dan aku telah ternampak satu buku yg bapak aku pernah bagi aku dulu, yg mane aku xhabis baca dan telah ilangkan buku tersebut.. So, aku nak beli balik buku tu sbb bapak aku ckp best. Dan ini die buku tersebut..
Jeng! Jeng!
Ade satu topik dalam buku ni menarik (bapak aku cite) sebab Tun ade cakap pasal sesuatu mende yang Malaysia boleh buat, dan kalau mende ni dibuat, ekonomi Singapore akan jadik hancusss leburrr,..So, jangan underestimate kekuatan Malaysia.. Nak tau ape die, bace laa..hehe..
NOTE: SUNSHINE SMILE CONTEST
Mid-Year Giveaway By Nisa Menaip

Saya nak menang hadiah giveaway! Yang best nye giveaway kali ni di sponsor oleh :
Sandra Azwan
Darkbatman
Pink Heart Craft
Ayunar
Mas Ahmad Safwan
Yuyu Musa
Myra Amira
Ciminny
Wowww banyak hadiah tu! Jom join sekarang!!!
Bunga-bunga cinta..


Monday, May 30, 2011
Waktu Ideal Untuk Kahwin dan Mengandung (khas untuk wanita)

Sebenarnya, aku terdetik untuk menaip entry ni sebab sejak kebelakangan ni, ramai wanita yang mengeluh akibat belum mendapat pasangan tunang lagi walaupun usia sudah mencecah 20an. Kepada yang dah berpunya tu, tahniah dan semoaga sampai ke jinjang pelamin cepat-cepat. Yang dok tengah nak amek SPM, kalau ade peluang sambung study toksah taksub sgt nak kahwin ye..Melainkan anda nak jadi suri rumah sepenuh mase pasni. Banyak cabaran lagi yang perlu ditempuhi.
Back to the topic, anda sangat beruntung kalau anda decide nak menimang cahaya mata pada umur 20an (20-25). Strictly speaking, ini adalah dari sudut pandangan biology, bukan matematik. Kajian menyatakan bahawa umo 24-25 mmg sangat-sangat molek lah untuk anda mengandung dan melahirkan cahaya mata. Ini kerana pada umur tersebut, condition untuk menjalankan aktiviti tersebut adelah pada tahap yg perfect atau sangat bagus. Tambahan pula pada waktu sedemikian, risiko masalah-masalah gynecological seperti fibroids (tumor pada uterus) dan endometriosis (perumbuhan tisu endometrium) adelah rendah. Risiko tersebut meningkat bile umur korang meningkat. Tekanan darah pon berade dalam keadaan terbaek dan risiko penyakit diabetis kurang time umo 20an. DNA dalam ovum pon berade dalam keadaan Tip Top dan of course, fizikal anda berade dalam keadaan flexible dan kuat. Nak panjat KLCC tanpa tali keselamatan pon boleh.
WARNING kepada akak2 (panggil makcik kang marah lak..) yang nak lahirkan anak pada umur atas 35. Ianya sangat bahaya sebab risiko birth defects sangat tinggi. Bayi yang dilahirkan mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecacatan. Sebab DNA dalam telur (ovum) degrade. Semakin anda tua, genetic abnormalities dan keguguran lagi senang berlaku.. Adik2 yang umo bawah 18 pon toksah le pk nak mengandung dulu (yg dah kawen), keadaan korang belum cukup matang untuk menjalankan proses kemengandungan nih..
Zaman sekarang ni, bukan faktor biology je nak kene fikir. Terus terang aku mcm tak beberape setuju dengan fakta bahawa mende2 pasal duit hantaran sampai 30ribu didahulukan, majlis perkahwinan nak wat kat hotel 5 star serta kemeriahan nak mengalahkan majlis perkahwinan Prince William. Kalau mampu takpe la. Tapi kalau melambatkan perkahwinan tak bagos gak kan.. Dan satu faktor lagi yang aku rase penting ialah pendapatan bulanan untuk sara keluarga. Mende2 camni lagi bagos untuk difikir daripada nak abeskan duit sume kat majlis, pastu lepas kawin makan roti hari2.

Ayam Masak Lemak Cili Api style aku
Kenape Perempuan Suka Warna Pink?
Kenapa perempuan suka warna pinkSemalam ade ternampak status Encik Urut Turun Temurun kat SB berkaitan dengan kecenderungan perempuan untuk suke warna pink. Terima kasih kepada beliau sebab telah memberi aku idea untuk buat entry ni. Hehe.
Sunday, May 29, 2011
Toughest Game in The World
Korang pernah main game ni..? Siyes s*#t susah. Aku berjaya sampai ke garisan penamat dalam keadaan cacat. Nak try sile click SINI.
Game yang syirik sungguh..

Mmg tinggi gak fantasi org yg reka plot cite game tu.. Unik.. Sbb tu kutipan tinggi.. Kemain ngarot lg manusia boleh bunuh2 malaikat maut sesuke hati nenek die je... Pastu nak dipendekkan cite, raja syaitonn bername Lucifer syok kat bini si Dante ni dan nak rampas die dari Dante. Pergghhh... Ni lagi satu..Kejadah ape le pulak game ni nak men jiwang2 ngan unsur kesetanan nih... Mmg panas la Dante sebab bini die nak dirampas oleh setan. Bini die pulak cam rela je nak ikot setan tuh. Mungkin bini die suke shopping kat I SETAN kot.. Kalo die stay ngan Lucifer, konpem dapat diskaun 100% ...
Ego membuatkan lelaki tahan menangis bile tgk ni..
Pastu fikir2 balik lg skali, baru perasan yg diri xcukup beryukur..
Kadang2 ade masalah/cabaran besar o kecik, mule le pk mcm2 yg bersifat xredha..
Papepon, tahulah kite bahawa Tuhan sentiase syg kite wlopon xde sorg manusia pon kt dunia ni syg kte..
"When you are down in your misery and there is nowhere to run just remember you can always run to The One"
Aku jatuh cinta... sayang..
Semalam aku jalan-jalan dengan family ke Mazda showroom area dekat2 ngan Kajang. Lepas tu saje2 la nak buat testdrive untuk Mazda 3 sport. Semasa kereta bergerak laju diatas jalan, aku merasekan tiba-tiba jiwa bergelora + adrenaline rush. Cinta mule berputik dan hati ini berhasrat untuk memiliki sebijik Mazda 3 sport suatu hari nanti..
Mane taknye! Gile woo !!.. Kete dengan TIPTRONIC woo!! Auto + manual transmission woo!! Paddle shifters kat belakang steering woo!! Dah macam kete F1 dah gayenye woo!! Berdesupp sambil cilok2 seblah kete lain atas jalanraya woo!! Giler ahh wooo!!
TIDAKKKKK!!! AKU NAK SEBIJIK KETE MAZDA 3 SPORT!!! OH TUHANN!! TOLONGLAH BERI DAKU SEBIJIK PRODUK INTELLIGENCE YANG TELAH DIKURINIAKAN KEPADA MANUSIA TERSEBUT!!


*Terliur tgk steering die.. rase nak makan je!..mesti rangup cm biskut
Segmen "CAMNE NAME BLOG KORANG DIPILIH HAA?" | Belog MTT
Worait. Kali ni Cik Toink Toink mengadekan segmen untuk kite bercerita secara ringkas pasal "camne name blog korang dipilih?"

Jika anda tak keberatan, clik la SINI untuk info lebih detail =)
Saye memilih name blog saye A BOWL OF SOUP sebab saye anggap mangkuk tersebut adelah saye dan soup pelbagai ingredient tu adelah ragam2 kehidupan yang saye lalui.
Secare teknikalnye, saye telah menggelarkan diri sendiri "MANGKUK" dan saye baru perasan semasa menaip entry ni. Tahniah untuk diri sendiri.
Saturday, May 28, 2011
Ini video saye jalan-jalan kat tempat orang...
Apabila dah tak ade idea untuk type entry baru, aku memang suke post video jek.
Video kat atas dirakam kat New York City time New Year 2010. Pade aku perjalanan nak tgk bunga api ciput ditembak kat tgh2 Time Square tu agak menyeksakan sbb berjam-jam kene tunggu kat tgh2 kawasan sesak dengan 2 juta orang yang berpusu-pusu lari ke arah paling dekat dengan stage utama. Dah la time winter..sejuk lak tuk. Mmg nak terkencing pon kene tahan sbb sekali dah kuar dari kawasan tu, mmg harapan je la nak masuk balik. Kalau nak masuk balik, pandai2 la bodek polis yang jage kat tepi pagar besi.
Walaupon berade dalam keadaan menyeksakan, kehadiran membe2 tetap membuatkan diri menjadi ceria dengan suasana yg happening. Pertunjukan bunga api berlangsung dengan jayanya dalam keadaan pundi kencing aku nak pecah.

*apabile dah sejuk, memasing nak rebut duduk atas tempat panas
Cinta Akan Indah | Pendamba Mawar
Orait..Jangan leceh2..Click SINI untuk info lanjut

"CINTA" sebenar ialah apa yang tinggal apabila "PERASAAN MENYINTAI" hilang.
Video super duper comel lagi..
Sayangilah anak anda... Tak baik main buang2 bayi. Kucing pon tau sayang anak..
EQUILIBRIUM DALAM KEHIDUPAN
Ada hikmah sebenarnye mende ni berlaku. Maybe untuk mengelakkan aku rase terlalu selesa kalau dapat gred tinggi sangat sehinggakan aku tak berusaha keras. Atau pon ade reason lain yg Tuhan je tau.. Ape yang aku boleh buat ialah sentiasa bersikap professional dalam study. Dulu bapak aku ade cakap ,seblom aku amek foundation International Canadian Pre-U dulu bahawa standard engineering Canada antara tersusah dalam dunia, so fikir betol2. Aku trust bapak aku sebab die dulu study kat UK dan mak aku study kat US dan diorang amek engineering. Diorang lebih tau pasal education system due2 negara tu. Bapak aku pernah gak belajar kat Canada kejap dan judgement die pasal kesusahan study aku jadikan warning alarm dalam kpale. Hopefully average aku boleh naik lagi in the future..
Memandangkan aku dah jauh amek jalan ni aku kene sentiasa bersikap professional. Bukan stakat tu aje, aku nak gak jadik professional dalam semua mende kebaikan yang aku boleh buat termasuklah semasa makan nasik, tengok tv, dan juge berblogging..
Ade aku bace entry Bro Ben Ashaari mengatakan, blogger yg sebenar mampu membuat pembaca berfikir dan mengisi minda pembaca dengan sesuatu yg berguna.. Pada aku tu la definition professional yg sesuai utk dunia blogging ni. Korang sendiri nampak macam mane point of equilibrium ni boleh berubah. Even blog Santai Bersama Ben Ashaari tu sendiri start dari bawah dan tuan blog sendiri je tau macammane perjalanan untuk sampai ke tahap sekarang.
Ok aku xsuke type pepanjang nanti boring. Selamat berfikir dan selamat maju jaya =D
Friday, May 27, 2011
Komen sket pasal Maharaja Lawak minggu 9
*Nabil tiru Jim Carey sket persembahan tadi act
~High Dynamic Range~ FTW!

pic diamek kat satu tempat bernama Mooney's Bay. Model ialah housemate aku
*click pada gambar untuk view lebih besar
High dynamic range atau HDR adalah satu teknik edit gambar dimana intensity kecerahan antara cahaya dan kegelapan dapat dikawal mengunakan kombinasi beberapa gambar yang mempunyai kecerahan yang berbeza. Teknik ini menghasilkan gambar bersifat "unrealistic" dan agak pening bile tgk lelame. So, bersyukur la Tuhan dah jadikan mata kita dengan perfect system, hanya membenarkan cahaya dengan intensity yg malar memasuki mata mengikut keadaan sekitar.
Software yang aku gune untuk edit gambar diatas ialah Photomatix Pro 3. Dan final touch menggunakan ACDC Pro 3.5 (kot).
MAAP KEPADE RAKAN-RAKAN
*aku berharap anjing tu tak berlari keluar rumah time tido dan dilanggar kete.
.. Lawak engineering yg membosankan..
Lawak ni menceritakan pasal 3 orang scientist terkenal iaitu Einstein, Newton ngan Pascal yang nak main permainan "hide n seek".. HAHAH!
Dialognye berbunyi,
Einstein: Lets play hide and seek!
Newton n Pascal: OK!
Pascal pon berlari la carik tempat utk sembunyik...Einstein lak sibuk mengire 91! 92! 93! 94! etc..
Newton lak carik satu spot, pastu die lukis bentuk segi empat berukuran 1m x 1m cantik je kat tempat die berdiri..
Pastu setelah Einstein abes mengire, die pon nampak la Newton tercangkung baru siap lukis segi 4 tu..
Einstein: Newtonn!! what are you doin??!! I see you! YOU RE IT!!
Newton: NO! NO! NO! What you see is Newton over meter squared~~ PASCAL IT!
-haaa.. paham tak amende yg lawaknye pasal dialog kat atas? heheheh-
*Bagi sesape yg confuse, "Newton over meter squared" N/(m^2) adelah unit untuk daya bahagi luas permukaan atau bersamaan dengan tekanan ---->(unit utk tekanan adelah Pascal[Pa]...)
Photoshop Layer Masking

AKu rase dah ramai gak la orang tau camne nak wat pic sebegini. Gune layer masking photoshop. Untuk pic diatas, aku amek 3 gambar yang berbeza kat lokasi yang same (pacak tripod) Membe aku lak posing le kat 3 spot berbeza.. Lepas buat layer masking, aku buat final touch ngan acdc pro 3, antara software yang paling kerap aku gune..
Peace..
ENTRY PAGI BERSAME NASIK GORENG DAN TEH TARIK
Kadang-kadang impian ni walaupun agak mustahil untuk berlaku pada pandangan kita, ianya tak mustahil untuk berlaku. Jangan jadikan tu sebagai alasan untuk kita tak mencuba sehabis baik dalam semua kebaikan yang dilakukan. Tgk sloth kat bawah tu, rezeki die kot untuk merasekan ape yang burung wat hari2...Peace..
Thursday, May 26, 2011
Aku menembak bulan... Beng! Beng! Beng! Fuhh~
Segmen: JOM KITA SERBU MEREKA oleh Ben Ashaari

- letak header ben ashaari blog .
- Tajuk : BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU dan linkkan ke entri ini ..
- Siap ! Tinggalkan url di ruangan entri..
"Tu jer ... senang kan ? Haa.. senang jer... pe susah kan ? Hehe.. ok... Tutup , tengah malam ni.. kul 12 tengah malam ni.. Apa pon , aku akan cari 5 blog baru di promosi bersama..Sapa yang bernasib baik ? Entah ... jommmmmmmmmm.." <----NI BRO BEN YG CKP..BUKAN AKU..
Pencarian Bloglist Boy Girl | Pendamba Mawar
Aku masuk surat khabar.. Memalukan keluarga sungguh..
Aku mmg seorang yg bole dikatekan pemalas...
Sejak zaman persekolahan lagi aku xminat sgt nak wat mende2 yg aku xsuke terutamenye yg berkaitan ngan akademik... Sepanjang hidup aku, aku tak pernah bersekolah kat sekolah berasrama penuh. Sekolah aku semuanye dalam taman dan tak pernah ade yg lebih jauh dari 1km dari rumah. Ape yang aku selalu wat kat sekolah ialah lepak2 bersame kengkawan kat kaki 5 sekolah pastu kaco bebudak lain, kaco cikgu, serta wat lawak bodoh.. Bile dah bosan kat kaki 5, aku pon berjalan-jalan sekitar sekolah..
Time balik sekolah lak, aku selalu makan pstu letak tilam depan tv dan baring sambil tgk tv. Bile dah bosan, petang tu aku lepak kuar ngan membe pulak gi cc ke, gi mamak ke.. Oh bahagienye idop..
Time university skang aku xde la malas kure-kure cam dulu.. Tapi still ade la sifat kemalasan dalam diri ni. Tak caye tgk pic kat bawah ni:

dengan bilik yang dah macam cyber cafe, aku main Counter Strike Source. Pehh nikmat gile lawan ngan org2 serate dunia.. Dah le mouse ngan keyboard brand Razor. M-16 adelah senapang feveret aku. Tapi desktop tu sume membe aku punye la..aku mane minat sgt game2 nih.
Aku berharap tidak akan menjadi pemalas lagi.. Untuk kejayaan pada mase akan datang
Pic time amek SPM dahulu kala.. LOL
Gambar muke bajet kat atas telah disnap menggunekan henpon 20 minit sebelum paper chem SPM start time aku form 5 dulu. Ape yang aku xpuas hati pasal paper chem adelah soalan pasal halia kuar. Kejadah ape.. Sepanjang aku berade kat sekolah time form 4 n form 5 xde pon cikgu bukak topik pasal halia. Aku sendiri xpernah amek tau pasal halia sebab aku xmakan halia. Ade satu soalan tu tanye pasal kebaikan halia, aku dengan perasaan bangga menjawab "mampu mengurangkanpenyakit kencing manis dan mengurangkan risiko penyakit ginjal". Sumpah aku takde idea langsung nak jawab ape tapi aku tetap bangge ngan jawapan aku.ENTRY PAGI BERSAME MEE GORENG DAN AIR SOYA
Time aku form 5 dulu, aku banyak terfikir pasal "art of acceptance" nih.. Almaklumlah, zaman2 start nak jumpe ngan problem2 yang besar.. Pada aku, redha dengan ketentuan Tuhan tu salah satu daripada cara nak deal mende tu. Senang cakap.., try wat? Susah kann? Fundamental "redha" tu sendiri bukan la satu mende yang korang boleh selambe due lambe je apply. Ia adelah PROSES DIMANA HATI KITA DIRAWAT. <--- click sini
Tergelak bace entry aku time emo dulu..
Having said that,its true that sometimes there could be nothing worse than having at least 1 person around you who is capable of making your life a living hell.. They do shit, u pay the price..
We re talking about action, consequences and responsibility.. It's frustrating when this kind of people are unfortunately acting n thinking like brats.. which makes dealing with them is harder n a wallop on the back of their head is significantly out of list.
We all do love jokes but something that could bring all of us to the court??!! And cost us thousand bucks and a great deal of time and effort after they screw up their life n others??!
I guess that is what being adult means.. Unfortunate events are odourless and u have to suck em up whenever they slap u on the face.. The best thing to do is always try hard to be good to others n be rational.
Sbb ade msg yg Allah nk sampaikan dlm sume mende yg berlaku n i do believe that from the first beginning.. And same goes to everything that i ve been through..
P/s: long break.. selamat tinggal d90 n photography...
�Airplanes� �Official Video�
Uploaded by wonderful-life1989. - Explore more music videos.
Wednesday, May 25, 2011
Tips apabila diri tak dihargai..
Korang Pernah NAMPAK METEOR Secara Live Tak?

Gambar ni aku amek pada tarikh August 13th 2010.. Dimana Perseid Meteor shower peak activity berlangsung. Aku dan beberape lagi orang photographer tak bertauliah memulakan perjalanan pada pukul 2 pagi ke suatu tempat yang lapang bername Dow's Lake. Tripod dipacakkan ke atas tanah dan DSLR memasing telah diset utk memulakan operasi penembakan long shutter.


Header Lama yang dirindui..A Precious Identity
Header ni aku snap sendiri time suhu -25 degree celsius. Hari 1st aku pegang D90 yang baru dibeli.. Lokasi tangkap gambar adelah di depan bangunan Parliament. Ade makne tersirat disebalik ape yg tertulis kat gambar tu yang aku sendiri makin lame makin xpaham.. papepon, aku rindu nak snap balik gambar. Salah satu identiti yg aku nak terus kekal..Photography..
Aku GERAM GILE ngan SCOTTISH FOLD!!
aku mmg xpaham ape masalah kucing kat bawah ni
Harini xde ENTRY SARAPAN PAGI sbb aku tros lunch
Makan2! lapaq nih!
Tuesday, May 24, 2011
Cite 21 hb Mei.. Satu hari sebelum besday Yuyu Zulaikha dan contest start.

Apa yang terjadik pada hari tersebut sebenarnye dirancang untuk terjadik pada 22 Mei tapi disebabkan Asmidayu ade appoinment lain bersame lelaki mase depan beliau, aku dan Ax decide untuk sambut besday Yuyu laju-laju pada hari Sabtu 21 Mei.
Sebut pasal Yuyu, aku dah follow blog kupu-kupu kecik tu sejak tuan blog mempunyai bawah 400 rakan follower lagi. Time tu mmg aku tengah busy dan tak terpikiaq langsong nak aktif2 blog ni. Time ni jugak, aku tak nampak pon mahluk terbang bermuke Yuyu yang dok ikot arrow mouse aku sambil pegang chopstick.. Sampai skang aku masih tak tau keinginan mahluk tersebut dan ape yang bestnye melekat kat arrow tu.
Aku jumpe blog kupukupukecik tu pon sebab aku dah add Yuyu kat fb. Aku ingat lagi profile pic Yuyu time aku add die..Ianya adelah gambar Yuyu bertudung merah menyala. Sudahh awek mane la ni merah bebeno kaler tudung. Kalo berdiri terpacak kat tengah2 Jalan Tun Abdul Razak konpem jalan jam sebab kenderaan sume stop igtkan traffic light tukar kaler merah.
Ape yang kite tau pasal blog Yuyu ialah sudah tentu idea penulisannya yg uniquely bersifat exaggeration. Tipu le kalo bace tak tergelak or at least ter"eheh" sket. Dari memule follow sampai skang aku tgk Yuyu semakin ligat dgn blog. Pastu aku rase cambest lak bace entry2 blog tu.
Perjumpaan Yuyu, Ax dan aku sebenarnye adelah dengan niat nak sambut besday Yuyu..dan sebagai tande terima kasih daun keladi daun ketum sbb Yuyu byk ajar aku mcm2 utk blog ni, yg aku sendiri pun kadang2 xpaham dan banyak lupe sebab tak catat info2 tersebut time bebelan yuyu berkumandang.
Aku dengan Ax jumpe Yuyu kejap je hari tu. Lepak2 dari kol 10 pagi sampai 1 tgh hari. Tak banyak mende pon yg dienjoykan. Makan sizzling, Makan eskem, merayap, bergossip,..Lepas Yuyu beredar lompat2 kegembiraan, aku dan Ax berenang menuju ke Sunway Pyramid menghabiskan sisa2 hari dengan sesuatu yang bersifat "terfaktap".
P/s: Kepade yang berminat utk memenangi sebijik polaroid, dijemput utk join SUNSHINE SMILE CONTEST
KORANG PENAH DENGAR REVERSE LENSE TECHNIQUE?
Pic diatas ni aku amek menggunakan reverse lense technique. Maklumlah sengkek dan xde duit nak beli micro lense. Time ni aku pakai Nikon D90 dan aku amek pic ni kat belakang umah time aku kat Canada.Antara Part Yang Aku Suke Time Blogwalking
Kalau aku blogwalking, mende yg paling aku suke selain dari bace entry adalah melihat komen2 blogger lain yang tertera dibawah entry tersebut.. Aku rase dalam 10 blog yang aku bace, aku komen kat 1 blog jek. Itu pon kalau ade komen terdetik kat kepala. Aku admit yang kadang-kadang aku komen atas dasar nak diri kite di"recognize" oleh tuan punya blog. It's ok untuk berfikir sedemikian tapi where's the fun ye dak? Sometimes aku just bukak dan bace blog blogger2 lain (cantik rhyme nih..hehe) sebab aku tgh bosan dan nak lihat ape le yang berlegar-legar dalam kepale tuan punya blog tuh. Tak kesah la personal diary ke, entertainment dari luar yg diorg share ke.. Lagipon aku cuti 4 bulan dan aku plan nak rehat je sepanjang cuti..So aku ade banyak mase nak bace blog2 orang.
Komen2 yang tertera kat bawah satu2 entry tu bole bagi aku feedback pasal reaksi orang kat sesebuah entry dan aku boleh wat aku menilai ape kehendak pembaca. Aku selalu gak bukak blog2 orang yang rajin mengomen sbb die dah bagi feedback, so aku berminat nak tau mereka punye idea2 dalam blog lak..
Ade seorang blogger ni mmg paling aku rase unik dan bijak sebab aku tetiap hari akan bukak blog die walaupon die xde entry baru (tapi beliau rajin je wat entry baru) Aku akan bukak satu entry die ni tetiap hari dan aku tak komen pon kat entry tu. Blogger ni adelah Towel Ninja.
ENTRY PAGI BERSAME ROTI KOSONG DAN AIR MASAK
Sarapan pagi ni lebih sihat berbanding semalam.. Kesedaran tentang tak bagosnye minum coke pagi2 timbul apabile aku batuk2 malam tadi. Tak selesa tol nak blogwalking... Ceyyy..
Untuk entry pagi kali ni, aku ingin mengucapkan tahniah kepada Avril Lavigne sebab ade satu lagu die ni dah stuck dalam kepala aku selama 2 bulan.. Dan tiap-tiap hari aku dengar lagu ni.. SEDAP WOO!! Dah kene brainwash kepale ngan lagu ni...
Pada aku lagu ni xde la pape meaning mendalam kat jiwa sendiri cume kat part last lagu ni ,rhythm n tempo sume disusun baik punyeeee..lalu terhasillah gelombang bunyi yang mempunyai amplitude dan frequency optimum yang menjadi dadah kepada otak2 kempas aku..
Jemput la dengar.. Biar korang lak kene ketagihan cm aku..wuahahaha!
Monday, May 23, 2011
Agak2 Cik Heliza Helmi nak tak masuk contest Sunshine Smile kalo aku ajak?
kalau 4 org click ni, aku dapat singgit..kalau 10 org click tak sejuta?
SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI

*aku xreti tag gambar. TLG click SINI
ENTRY PAGI BERSAME NASIK LEMAK DAN AIR COKE
APEKAH JENIS ENTRY PILIHAN ANDA?
Sunday, May 22, 2011
SEBENARNYE.. AKU TAKUT GAK MASE NAK BUAT CONTEST SUNSHINE SMILE TU

Inilah ciri2 pemenang yg dicari-cari. Aku tgk pic pakcik ni, mood sekitar aku cm jadik ceria jek walaupon kat luar rumah anjing tgh menyalak tak berhenti-henti dan handphone aku baru kene curik. Kesimpulannya, yang lemah itu datang dari saya (minta maaf) dan gudluck untuk semua yang join contest ni..=) Saye nak ucapkan terime kasih byk2 kpd yang join dan ade gak yg xjoin tapi tlg promote contest ni. Mintak maap n tengkiu byk2..
NOTE: CONTEST SUNSHINE SMILE BERMULA
SUNSHINE SMILE CONTEST STARTS NOW!!!!
CONTEST APE NI?
Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah. Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:
ashrafjalil.com
http://aarrghitsme.blogspot.com/
2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.
3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..
4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:
http://www.ashrafjalil.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html
5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)
6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:
http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall
MUDAH KAN? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)
Dibawah ini adalah gambar yang dipertaruhkan saya (contoh sahaja):
"Senyuman saya paling ceria sebab saya tengah hepi dan kenyang.." *post optional. "Senyuman saya paling ceria sebab _______"dan berikut adalah rakan2 yang saya tag:
Entry Pagi Bersama Roti Planta dan Neslo Panas
*25sen sekali click
Semalam adelah hari yg sangat memenatkan..
Dari pagi keluar pegi Mid dgn Ax nak jalan2 sambil menyambut pre-besday "orang terlepas bola bowling".. Sesudah itu, aku ngan Ax menuju ke Sunway pyramid melantak puas2 kat Wendy's n J Co.. Pastu jalan2 cm orang xde hala tuju gi main game kat arcade. Keadaan menjadi agak kedurjanaan apabila, 3 token kitorang rugi sbb mesin game tu rosak. Dan juge... Hp aku kene curik ngan penyeluk saku kat ktm.. Cehhss
Arini pulak merupakan hari dimana aku pergi ke pasar bersama mak dan juge nenek, membeli ayam, ikan, daging, dan sayur-sayuran.. Sesudah itu aku ke mamak untuk menjamah roti planta. kalau korang perasan, berite utama kat surat khabar arini pasal umah anak yatim roboh sebab tanah runtuh..Tak silap aku 13 orang anak yatim terkorban..Kesian btol.. Aku mmg pelik la cmne rumah tu boleh dibina kat kawasan tepi bukit yg mmg xde pokok untuk tadah air.. Bijak sungguh engineer yg consult pembinaan rumah tu.
Tu yang susah skang ni, ape2 projek yang dibuat, duit diutamakan drpd safety.. Kalau projek tu kos rm3 juta, bole jadik sampai 20juta. Yg terlibat dgn projek sume nak senyap je..
Btw, sunshine smile contest akan bermula hari ni.. nantikan entry khas.
Friday, May 20, 2011
Mende paling best hari Jumaat
clik le kalo baik hati
1. Dadih secawan singgit depan masjid.
3. Meriah je bandar ramai org sbb esok cuti.
4. Tunggu cite Maharaja lawak malam nanti.
5. Jalan2 ngan family.
Entry Pagi Bersama Karipap dan Teh Tarik
Entry ni sebenarnye adelah hasil bebelan nenek sy semasa sarapan bersama..
Ianya berkaitan dengan hati manusia..
Dalam kehidupan ni, semakin kita dewasa, kite akan menghadapi cabaran hidup yg makin besau (bak kate org melake)..
Pernah tak ketika kepala otak anda dilanda ribut taufan, anda kawal emosi anda dan cuba mengkaji balik kenapa musibah tu semua terjadi? Kita semua yang beragama Islam memang tahu mende tu Allah turunkan sbb nak naikkan darjat atau hapuskan dosa. Tetapi pernahkan korang ternampak alur kehidupan yang korang lalu tu ibarat telah di"set"kan oleh Tuhan atas sebab kekurangan dan untuk memperbaiki diri korang..?
Contohnye aku la,
Ade satu sem ni aku konfiden gile jawab exam n mmg bajet bole dapat markah tggi sbb study mmg dah kaw2 punye. Sekali result yg kuar jauh ke lauttt.. Mmg kedurjanaan melanda diriku betol la time tuh..Kepale keributan jek.. Pastu at certain point, aku redha n pk mungkin Tuhan jadikan cmni sbb aku over confident. Dan untuk aku diingatkan supaya melihat cmne view org2 lain yg ssh nak achieve markah tggi walaupon dengan usaha yg lebih keras dari aku. Hati aku ibarat dirawat apabila menerima musibah yg cmtu..
Quote nenek aku: "Hati kite ni perlu sentiasa dirawat.."
P/s: Ade cerite disebalik quote tu. Next entry akan diceritakan..
Thursday, May 19, 2011
Entry yg orang TAK MINAT nak bace. So aku malas nak ping
Persoalan:
APE AKU NAK BUAT AFTER STUDY?
Info background:
Aku study mech engineering. Aku minat bisnes. Dan aku rase aku boleh sustain pressure kat work place in the future.
Option yg ade:
1. Aku minat untuk menceburkan diri dalam bidang Non Destructive Testing (NDT) bahagian ultrasonic testing setelah diexplain oleh bapak aku tentang oppurtunity yg ade utk bidang ni. So far aku cm minat mende ni utk bahagian kapal terbang. dengar cite kat Melaka ade satu company yang memerlukan tenaga kerja dlm bidang ni utk pemasangan badan kapal terbang. Info lain berkaitan ultrasonic testing ni ialah ia merupakan bidang yg baru lagi kat msia, sgt kurang tenage kerja yg ade, n bapak aku ckp ade 15 org pakar je kat sini. Mende ni dtg dari Canada, dimana skang diorg punye NDT technology ni lg advance dr kite.
Adekah aku nak just amek je program INSEP NDT ni kat tempat keje bapak aku? Or keje kat Canada dulu n balik msia dengan pengalaman (networking terkorban)? Atau aku keje je kat memane company yg bole provide aku training yg mantopp.. Pheww
2. Oil and Gas company merupakan salah satu bidang yg aku minat. Walaupon tough pada awalnye, long term gaji besar woo.. Aku xkesah la kene campak ke mane2 pelantar yg penting duit masuk. Aku ade register Jobstreet dan mendapat beberape notification keje kosong utk bidang ni. Siap kene marah lagi sbb aku dah register tp xapply2 walaupon da bayk notification diberi. Dah aku xabes study lg cmne aku nk apply.. Resume yg aku hantar pon tipu2 je..keh2. Setakat ni aku ade usha company ALCIM yg merupakan company yg diiktiraf oleh PETRONAS dan PETRONAS juge client ALCIM xsilap aku. So, adekah ini merupakan satu hint utk aku cuba nasib kat situ?
3. Engine kapal terbang cambest tapi setahu aku satu2 nye company yg wat engine kapal terbang ialah Rolls Royce. Ade membe aku kat Canada nak keje kat sini, kalo aku ikot die cmbest tapi aku cm xkonfiden sgt sebab mende2 keje kritikal cmni konpem competitive gile in terms of nak merebut keje kosong. Mende main ngan nyawa org lak tu..
4. Vibration analysis.. Ini aku rse nak sbb ianya cm sgt cool.. program INSEP juge ade menawarkan training dan latihan industri.
5. Mcm2 bisnes dalam kpale otak aku..aku nak bg networking mantap dulu, dan ade tutor yg berpengalaman..
NI MMG LEBIH CUTE DARI MAGIBON!! XTIPU PUNYE
*jeng2..click me
Ni salah satu video yang aku tak jemu2 tgk. Mmg heart-warming abes.. Sedangkan haiwan pon bole sayang baby, ni kan kite manusia yg senang2 je bole buang baby merate-rate. So, renung2kan lah.
p/s: aku layan sume video baby ni dari die lahir sampai la da besar sket.. Mase die baru lahir, anjing tu mmg cm nampak sayang ngan baby tu.. hehe.. sweet2
INI SANGAT COMELL DAN SWEET!!
448- Momento
sigh
"People driven to revenge in the name of justice but if revenge is called justice, than that justice breeds yet more revenge and becomes a chain of hatred.."(Nagato)
"Living within it aware of the past, predicting the future..That is what it means to know history.."(Nagato)
"But I believe the day will come when people truly understand each other.."(Jiraiya)
"Faith is better than any plan.."(Young Nagato)
Dipetik dari manga Naruto episode 448.. Quote dari Nagato mmg agak kelat utk diterime tapi hakikatnye tak dapat nak dipertikaikan la dalam dunia skang ni..Tgk huru-hara yg berlaku pon dah nampak dah.. Ini membuatkan aku persoalkan n nilai balik diri sndiri..
Ade tak elemen2 tersebut dalam diri kite sume? ..Maybe ade n kite perasan, Maybe ade n kite xperasan, o maybe xde..
Quote Jiraiya pulak cam bg perangsang kat aku utk memperbaiki diri sndiri.. Aku rase mende2 cmni kene start dr level yg paling bawah skali..Understand diri kite n agama kite, family, kawan-kawan n so on..
Hari tu khutbah jumaat, khatib ade cakap pasal hubungan kite sesame orang Islam. Aku cam tersentak la gak dengar. Cam makan dalam gak.. Die bangkitkan soal adekah kite ni menunjukkan kesatuan kite based on ethnic or agama Islam tu sndiri?
Papepon, harapan aku ialah dapat memperbaiki lagi diri..
Masalah orang yang selalu tak happy
jeng2
Kedurjanaan sudah tidak melanda diriku
Ape yang menariknye pasal modem yang dipasang ialah, ianya terletak di dapur sebelah periuk nasik. Kenapa perkara sedemikian terjadiK? Ianya terjadik sebab tempat nak sambung wire modem tu mmg dipasang kat dapur? So, periuk nasik terpakse dipindahkan ke tempat lain supaya air yg mendidih bersama wap2 yang terbebas tidak akan terkena dan merosakkan modem tersebut akibat jarak yg terlalu rapat.
Encik Ali juge menyatakan yg xlama lagi kat Msia, streamyx akan menambah kelajuan maximum internet dengan kadar berape aku xingat. Aite, good news for everybody..
Wednesday, May 18, 2011
Hanya gambar seorang waitress..
Bila loghat bahasa Terengganu digunakan dalam bahasa French
Pada suatu ketika dahulu, aku bersama rakan-rakan gi ke Montreal punye F1 circuit sbb nak tgk perlumbaan F1. Kat situ mmg bahasa French adelah salah satu bahasa utama yang digunakan. Tengah dok bersesak2 nak masuk ke lokasi yg dituju, aku pon rakam la beberape video.. Dan aku rase video kat bawah ni agak spontan dan lawak bile aku tgk balik..
Moral: jangan main tibai je ckp menggunakan bahasa yg kite xtau sepatah haram pon..hahah
Kedurjanaan melanda diriku lagi.
Kesimpulannye, terpakse tggu paling lewat esok untuk meneruskan aktiviti blogwalking dan juge reply2 komen..
Oh aku berasa seperti ingin ketidoran..
Terime kasih kepada yg view, insyaAllah akan ke blog anda secepat mungkin..
Sunday, May 15, 2011
Kebiasaannya Pasangan Couple Mempunyai Raut Wajah Yang Serupa

Kadang-kadang aku selalu tgk pasangan2 kapel/suami-isteri yang wujud di sekeliling aku in terms of keserasian. Tak kire la, membe2 ke, org2 awam ke, pic2 kat facebook ke, kebanyakan pasangan lelaki-perempuan mempunyai raut wajah yang hampir sama dari segi tarikan fizikal. Contohnye, kedua-duanya mempunyai mate yg sama2 bulat, ataupun hidung yang sama2 mancung, atau pun kedua-duanya skali..
Sebenarnya, fenomena ini bukanlah berlaku secara random semata-mata. Ape yang kite sume patut tahu tentang psikologi manusia ni adelah, kite sume adelah narcissist atau dengan kata lain, merasa cinta dan adore terhadap diri sendiri. Yg pic2 vain orang tangkap gambar muke sendiri banyak2 tu sume adelah satu contoh untuk describe perihal narcissism ni.
Perasan atau tidak, kajian telah membuat suggestion bahawa, setiap orang akan tertarik kat pasangan berlainan jantina yang mempunyai facial resemblance paling dekat. Maksudnye, kalau anda mempunyai mate yang bulat, anda mungkin akan lebih tertarik kepada pasangan yg bermata bulat. Mende ni sume cm melibatkan sub-conscius mind le lebih kurang, sbb tu ssh nak perasan. Kita (manusia) kebanyakannya akan cuba mencari pasangan yg kite assume mempunyai gene yg paling baik dan paling sesuai untuk kite dan of course, judgement berdasarkan daya tarikan yg serasi merupakan satu faktor pemilihan pasangan.
Ape yang dinyatakan kat atas, bukanlah faktor mutlak semata-mata.. Sebenarnye banyak je aku tgk pasangan2 yang xtersenarai dalam list org yg mempunyai ciri2 diatas..Dan diorang bahagia je hidup. Hehe.. Dalam realiti yang sebenar, terlalu banyak faktor yang membawa kite kepada pasangan kita. Kan jodoh tu di tangan Tuhan..
Cinta yang sebenar hanya anda sendiri je boleh define sebab ianya adalah relative dan orang lain punye definition cinta lain dengan anda punye,. Tak ade orang boleh ajar kite pasal cinta melainkan kite sendiri yg study hati kite pasal tu..
Terima kasih kpd yg sudi baca =)
52nd National Day Celebration at Rumah Malaysia, Ottawa, Canada
Sambutan merdeka 2009..Makanan sodapp!!
Saturday, May 14, 2011
My Top 5 Schocolade~~
click me* =D
1. Kinder Bueno
Rasenye sume orang kenal choc ni. Biskut bersalut choclate susu dan berintikan kacang hazelnut dan butter yang sangat berlemak. Biasenye setiap bulan aku akan bli 20 bungkus Kinder Bueno dari kedai Dolarrama (cm kedai rm2 kat Msia) untuk stok semasa tengok movie depan laptop. Indahnye dunia...
2.Lindt

Choc ni selalu aku akan beli sebulan 2 papan je sbb cam mahal berbanding Kinder Bueno. Dalam 7cad satu papan. Aku xtau nak describe rase choc ni camne tp yg pentingnye choc ni mmg "heavenly" delicious lagi2 yg ade almond. Pernah sekali ade satu season tu aku sangap choc ni, aku bli sampai 6-7 kali sebulan time tgh ekonomi sesak. So aku ended up makan nasik putih ngan sardin n telur tetiap hari.. Aku mmg tempted gegile kalo nampak choc ni kat kedai.. On the spot aku akan dok bersila yoga nak bagi kurangkan nafsu membeli serta trigger kawalan minda yg mantap.
3.Oh Henry

Choc ni standard cm choc kenyal2 berkacang ala2 snickers. Choc ni pade aku still dalam kategori choc tipikal cume kadang2 tu rase cm resah-gelisah kalo xde choc ni.. Cm rinduuu jek.. *Bunyik agak creepy tp percayelah ni bukannye freaky sick sexual type punye rindu. Kejadah..
4. Hersheys Kisses

Sexy kan name choc ni? Chocolate ni best dimakan time lepak2 kat kerusi malas depan rumah petang2 sambil minum teh.. Pastu ade pulak lagu yg relaxing kat belakang.. Aduii bestnye... Tenang je hati rase..
5. Ferrero Rocher

Aku xleh nak describe choc ni dengan kate2. Pernah tgk tak iklan choc ni yang ade org kawen makan choc tu? Basically, cmtu le muke aku bile makan choc ni. Membe2 pandang pelik time aku makan choc ni tapi dah mmg tahap kenikmatan die terserlah di raut wajah dan hanye mampu ditunjukkan dgn muke je, nak wat cmne ye dak? Ni pon salah satu choc yg bole wat org ketagih.. Xdapat choc ni boleh gigil2 woo..(exaggerate je lbeh..heheh) p/s: choc ni cm baru dpt tau xsahih lagi ke"halal"annye..so, jom tanye JAKIM





